|
WARISAN KELUARGA CAHAYA CITA-CITA

ALLAHYARHAM HAJI ISMAIL MOHD. YASSIN DAN PUAN HAJJAH KALTHOM BINTI ALI

PENAUNG WARISAN TCC
PUAN HAJAH KHALTHUM BINTI ALI

| LATAR BELAKANG WARISAN KELUARGA CAHAYA CITA-CITA

Terima kasih kerana mengunjungi laman keluarga kami yang beralamat tetap di no. 5 Jalan Tempua, Larkin Perdana, Johor Bahru. Pertubuhan keluarga ini ditubuhkan pada bulan Februari, 1984, diterajui Almarhum Hj Ismail Bin Md. Yassin dan Hajjah Kalthom Bt Ali dengan anak-anak mereka sebagai ahlinya. Pertubuhan ini telah berkembang dengan penambahan ahli dari generasi ketiga dan akan terus bertambah apabila cucu-cicit Alahyarham Hj Ismail dan Puan Hjh Kalthom bt Ali yang dengan secara automatik akan menjadi ahli apabila mencapai umur dan mula bekerja. Moto Warisan Tcc iaitu, "Bersatu, Berilmu, Beriman, Berdisiplin, Bertaat Setia, dan Cemerlang", dengan sendirinya menerangkan aspirasi yang ingin diterapkan kepada setiap lapisan warga TCC. Tujuan utama Warisan TCC adalah untuk melaksanakan tabungan bagi maksud kebajikan di antara warga dan mengeratkan siratulrahim.Setiap ahli berhak mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dijalankan Warisan TCC,dan mendapatkan bantuan tertentu semasa didatangani apa-apa musibah serta mendapatkan pinjaman tertentu daripada tabungan Warisan TCC yang terhad berdasarkan peruntukan yang telah ditetapkan. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menjaga nama baik Warisan TCC, menentukan garis perlembagaan dan garis panduan dipatuhi serta diawasi. Dengan tertubuhnya tabung ini ianya banyak menyatukan dan menambah kemesraan sesama saudara dengan menganjurkan aktiviti perjumpaan tahunan iaitu pada Hari Raya Aidilfitri yang ke 3 setiap tahun. Setiap ahli yang telah bekerja dan juga berpendapatan perlu membayar sedikit yuran setiap bulan yang mana dapat menjadikan tabung TCC ini berkembang dengan membiayai majlis perjumpaan, hadiah-hadiah galakan pelajaran, biasiswa, pinjaman perniagaan dan sebagainya. Kami berharap dengan wujudnya portal keluarga kami ini akan dapat memastikan anak cucu kami dapat mengenali keturunan dan saudara mara mereka setelah kami tiada nanti. insyaAllah. |